Kolaborasi NFT Orkes A Hizadin diteruskan lagi. Kali ini kolaborasi antara SCiO x Orkes A Hizadin iaitu “Exploration Of Form” (Stop motion looping of second album logo from Orkes A. Hizadin). NFT ini telah dijual secara bidaan yang berlangsung selama 24 jam pada 25-26 Disember. NFT ini dibida pada harga 0.08 BNB (sekitar RM183 pada waktu itu). Menurut ciapan SCiO, lagu yang digunakan untuk kolaborasi NFT ini adalah salah satu lagu dari album Vol 2 yang belum dirilis; Darling.
Fyi – lagu yang digunakan adalah lagu yang masih belum ada official release online, release album fizikal sahaja.
Tajuk lagu
Orkes – darling
— Scio🤖 (@scionft) December 24, 2021
Ciapan BelakangPentasz menunjukkan koleksi terhad SCiO x Orkes A Hizadin ketika berjaya dibida oleh Luverynn.
⚡⚡ #scionft Exploration of form ( Orkes A. Hizadin x SCIO ) just got sold (via offer) for 0.08BNB ($43.46).
Link: https://t.co/3UxIeJ6Czn#Pentas pic.twitter.com/ly95tTVtJX
— BelakangPentasZ (@BelakangPentasZ) December 26, 2021
Koleksi ini juga mendapat sambutan baik komuniti NFT Pentas ketika proses bidaan berlangsung dan selesai.
sneaky @erynnazhar , placing new bid 0.08 #BNB last minute, with that, we extend the bid for 5 minutes before accepting.
5 minutes! https://t.co/6oCfioHj21 pic.twitter.com/9hag6cLdjf
— Scio🤖 (@scionft) December 26, 2021
Power collab ni. 🔥
— Kem // NFTees RESCUE TEAM (@NFTeesProj) December 24, 2021
Tahniah kepada pemegang NFT edisi istimewa ini!